CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Secangkir Kata

Secangkir Kata Pengetua SSTMI
 
 

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera,
Salam Perpaduan dan Salam Satu Malaysia,
 
Pertamanya saya amat berbesar hati untuk menitip secangkir kata di halaman Sederap Memperkasa ini. Laman blog ini adalah salah satu mercu tanda kepada usaha kami, barisan pendidik di SSTMI dalam menyahut saranan sistem pendidikan Malaysia dalam memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris.
 
Selamat datang dan jutaan terima kasih kepada anda yang mengunjungi halaman ini. Selamilah dunia MBMMBI di SSTMI. Semoga anda mendapat manfaat yang berkekalan. Sesungguhnya ilmu tidak merentasi sempadan dan saya percaya pada perkongsian dalam menuntut ilmu, kerana di situ lahirnya keberkatan dan kemuliaan hidup.
 
Salam Secangkir Kata,
En. Wan Ibrahim bin Wan Chik
Pengetua,
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan