CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 3 Oktober 2012

Kabus di Perbukitan - Tema & Persoalan



Novel 'Kabus di Perbukitan' Tingkatan 5


TEMA


Novel ini bertemakan jati diri orang Melayu. Tema ini diserlahkan melalui watak utama Faridah yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun. Walaupun begitu lama tinggal di negara orang, akhirnya dia dan keluarganya kembali membina kehidupan yang lebih bermakna di Malaysia.

PERSOALAN


  1. Persoalan ikatan kekeluargaan yang erat.

·         Persoalan ini digambarkan melalui Faridah dan Rahayu yang merupakan pasangan kembar tetapi dibesarkan secara berasingan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana Rahayu dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, manakala Faridah dibela oleh ibunya sendiri. Namun demikian Rahayu sentiasa merindui kakaknya, Faridah.


  1. Persoalan perpisahan ibu bapa menyebabkan anak-anak menjadi mangsa.

·         Perkara ini dipaparkan melalui tindakan Kamarudin meninggalkan Salmah tetapi membawa bersama-samanya Rahayu ke Indonesia menyebabkan pasangan kembar tersebut terpisah dan merindui satu sama lain.


  1. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar.

·       Persoalan ini digambarkan melalui watak Azrul yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar.


  1. Persoalan kasih sayang.

·         Persoalan ini digambarkan antara ibu dengan anaknya, iaitu kasih sayang Salmah terhadap anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akibat terlalu rindu, ibu ini menderita sehingga menemui ajalnya. Persoalan kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah.


  1. Persoalan sikap berdikari golongan siswazah.

·         Golongan ini tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.


  1. Persoalan kahwin campur.

·         Fenomena kahwin campur dalam kalangan masyarakat telah menjadi perkara biasa pada zaman ini. Hal ini dibuktikan melalui perkahwinan watak utama Faridah dengan Samuel Kirkby Johnsons atau nama Islamnya Soleh Johnsons. Faridah ialah orang Melayu Malaysia yang bekerja di New Zealand, manakala Soleh pula orang Inggeris rakyat New Zealand.


  1. Persoalan peranan bomoh dalam masyarakat Melayu.

·         Hal ini dipaparkan ketika operasi pencarian kehilangan Faridah dan Iqbal menemui jalan buntu dan terpaksa dihentikan. Beberapa pihak termasuk pihak polis yang terlibat dalam operasi tersebut mencadangkan penggunaan bomoh untuk mengesan Faridah dan Iqbal.


  1. Persoalan semangat kerjasama yang masih utuh dalam masyarakat.

·         Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.



  1. Persoalan perjuangan secara kekerasan.

·         Novel ini memaparkan adanya beberapa pihak yang mahu mencapai sesuatu matlamat dengan kekerasan. Hal ini digambarkan melalui Muhammad Attar yang cuba mencari pengaruh daripada kalangan rakan-rakannya termasuklah Benny, suami Melina dalam matlamatnya untuk menegakkan perjuangan Islamnya.


  1. Persoalan prejudis masyarakat Barat terhadap Islam (Islamofobia).

·         Tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol ada kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan oleh umat Islam.

Isnin, 24 September 2012

Salam MBMMBI buat semua!

Selamat Datang ke blog MBMMBI Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.

Sirih Berlipat Sirih Pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.