CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kajian Tindakan dan Inovasi

Kajian Tindakan Matematik
 



PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN



Menyelesaikan Operasi Penambahan Dan Penolakan Nombor Negatif Menggunakan Gambarajah Sel Bateri.


Oleh:


EN. AMIR HAMZAH BIN MOHAMAD

PANITIA MATEMATIK
SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR

Tajuk Kajian:
Menyelesaikan operasi penambahan dan penolakan nombor negative menggunakan gambarajah sel bateri.


1.         Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

 
            Sewaktu saya mengajar murid-murid kelas 3 Sea, saya rasa sungguh terkejut kerana saya dapati murid-murid ini tidak dapat menguasai kemahiran penambahan dan penolakan nombor negatif  walaupun tajuk ini sudah dipelajari semasa di tingkatan dua.  Saya dapati penguasaan matematik adalah amat lemah. Murid-murid banyak bergantung dengan penggunaan kalkulator walaupun hanya melibatkan nombor yang kecil.
            Berdasarkan pemerhatian saya, didapati murid-murid ini tidak faham konsep nombor negatif. Murid-murid ini tidak faham nilai sesuatu nombor negatif. Sebagai contoh mereka menganggap -10 lebih besar daripada -2, pada hakikatnya -10 lebih kecil daripada -2. Murid-murid ini tidak menghafal sifir asas pendaraban iaitu sifir dua hingga dua belas. Mereka juga kurang melakukan ulangkaji, tiada keyakinan dan beranggapan matematik adalah subjek yang susah.
            Saya rasa keadaan ini perlu di atasi segera. Saya membuat ujian pra untuk sebagai kayu pengukur kajian saya. Saya perlu membuat sesuatu pembaharuan untuk mengubah tanggapan negatif murid terhadap matapelajaran Matematik ini.  Saya perlu mencari perkara yang mudah difahami oleh mereka. Saya dapati mereka terlalu sukakan gambar. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk menggunakan idea gambarajah bateri untuk menarik minat murid-murid.
           Sebelum ini untuk mengajar tajuk ini guru-guru menggunakan kaedah garis nombor bagi menyelesaikan masalah penambahan dan penolakan nombor negatif. Namun begitu kaedah ini agak rumit untuk digunakan dalam menyelesaikan operasi nombor yang besar dan lebih daripada dua nombor
Isu yang berlaku ialah ramai pelajar melakukan banyak kesalahan mudah yang tidak sepatutnya. Masalah ini akan membebankan lagi pelajar untuk menerima topik-topik yang lain. Peluang pelajar untuk cemerlang agak sukar kerana banyak ketinggalan.

2.            Fokus Kajian

            Kajian ini meninjau permasalahan murid-murid Tingkatan 3 dalam menjawab soalan-soalan yang melibatkan penambahan dan penolakan nombor negatif. Permasalahan ini dipilih berdasarkan pemerhatian guru-guru Matematik kelas-kelas berkenaan. Murid-murid sukar untuk memahami konsep nombor negatif. Kebanyakan murid hanya menggunakan kalkulator.  Saya dapati mereka juga sering melakukan kesilapan walaupun menggunakan kalkulator. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid ialah:


a)            tidak faham untuk menolak dua nombor negatif

b)            tidak faham unuk menambah nombor negatif dan positif

c)            keliru dengan tanda kurungan


            Fokus kajian ini adalah untuk menyelesaikan masalah penambahan dan penolakan nombor negatif dengan konsep cas. Kaedah ini lebih mudah kerana pelajar sudah biasa dengan cas positif dan negatif. Nombor perlu diletakkan dalam satu sel bateri yang mengandungi cas positif dan negatif. Nombor yang berada dalam cas yang sama akan ditambah. Manakala nombor yang berada dalam cas yang berlainan akan ditolak. Jawapan adalah berdasarkan pada cas yang mengandungi nombor yang besar.



Contoh:


Selesaikan -2 + 3 – 13 + 5 =



Nombor di kumpul ikut cas
Hasil bagi cas + / -
Jawapan ialah  - 7
           


+
-
3
5
2
13
8
15
7


  

                         Gambarajah Sel Bateri


Langkah pertama, lukis gambarajah sel bateri dengan dua ruang yang ditanda cas positif dan cas negatif. Kemudian kumpulkan nombor ikut cas masing-masing. Nombor positif di sebelah kiri manakala nombor negatif di sebelah kanan. Kemudian tambahkan semua cas positif disebelah kiri dan semua cas negatif di sebelah kanan. Cas positif dan negatif adalah berlawanan, maka perlu ditolak. Hasil jawapan perlu diletakkan pada ruang cas yang lebih besar. Kedudukan jawapan membawa maksud casnya.
Saya akan menjalankan ujian soalan-soalan penambahan dan penolakan nombor negatif kepada 28 orang pelajar kelas 3 Sea. Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar-pelajar yang lemah.
Saya akan berusaha untuk memahamkan mereka berkaitan tajuk ini. Jika tidak diatasi mereka akan sentiasa ketinggalan kerana kemahiran asas matematik tidak dapat dikuasai. Selain itu pelajar akan sentiasa bergantung dengan kalkulator meskipun untuk menyelesaikan masalah yang mudah.

3.         Objektif Kajian

i.          Objektif Umum


Secara amnya, objektif kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penambahan dan penolakan melibatkan nombor negatif, serta mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan kalkulator.


ii.            Objektif Khusus


Secara khususnya, melalui kajian ini murid dapat :

1.            Meningkatkan kefahaman murid dengan konsep nombor negatif

2.            Meningkatkan kemahiran menambah dan menolak nombor negatif

3.            Meningkatkan minat murid untuk menyelesaikan masalah matematik dengan menggunakan gambarajah.

4.            Meningkatkan kefahaman guru tentang strategi yang sesuai bagi meningkatkan kefahaman murid dan minat murid.

4.            Kumpulan Sasaran

Sasaran saya terdiri daripada 28 orang murid Tingkatan 3 Sea. Dua puluh lima orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Realitinya, kelas ini merupakan kelas terakhir dalam empat kelas tingkatan tiga. Murid-murid ini dalam kalangan  murid-murid yang sangat lemah dan tidak menguasai asas matematik dengan kukuh.

5.         Pelaksanaan Tindakan yang Dicadangkan


5.1         Tinjauan Masalah


Saya akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan maklumat. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian pra, dan soal selidik.

·                     Pemerhatian

Saya akan membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.


·                     Ujian Pra

Ujian pra akan diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian pra ini mengandungi 20 soalan perlu dijawab dalam masa 30 minit.


·                     Soal Selidik

Saya juga akan mengedarkan borang soal selidik untuk mengetahui punca kelemahan murid-murid ini tidak menguasai kemahiran tersebut. Borang soal selidik diberikan kepada murid sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan ujian pra dengan betul.


            5.2       Tindakan yang akan dijalankan


Saya akan menjalankan kajian saya semasa proses P&P di dalam kelas. Saya akan menjalankan semua P&P seperti yang telah dirancang. Saya akan menggunakan kaedah garis nombor terlebih dahulu kemudian barulah menggunakan kaedah gambarajah sel bateri.
Sebelum dan selepas setiap sesi P&P saya akan adakan ujian pra dan ujian post. Selain itu saya juga akan mengadakan soal selidik dan temu bual dengan pelajar dengan menilai kefahaman mereka.
Data yang diperolehi akan dikumpulkan dan dianalisis untuk melihat perbezaan markah yang diperolehi bagi kedua-dua kaedah P&P yang digunakan.



6.         Bahan- bahan diperlukan


Kertas A 4, Manila kad, guli, bekas plastik


7.         Jadual Perlaksanaan Kajian


Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal           – 12 Januari 2012

Menulis kertas cadangan                                                       - 14 Februari  2012
Merancang tindakan                                                           – 8 Mac 2012

Melaksanakan tindakan                                                     – 26 Mac 2012

Menulis laporan                                                                   – 16 April 2012



8.         Anggaran Kos


Kertas A 4                  - 1 x RM 10                            = RM 10.00

Guli                             - 2 bungkus x RM 5                         = RM 10.00

Manila kad                - 5 keping x RM1                  = RM   5.00

Bekas plastik            - 3 buah x RM 5                                = RM 15.00

Pin                              - 3 kotak x RM 3                    = RM  9.00

Bullet Stapler                        - 1 kotak x RM 1                    = RM  1.00


JUMLAH                                                                   = RM 50.00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan